NOVEL

Wednesday, January 05, 2005

MERENTAS RANJAU

SINOPSIS NOVEL
JUDUL :
MERENTAS RANJAUPENGARANG: ABDUL LATIP TALIBPENERBIT: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKATEBAL : 135 HALAMANHARGA: RM6.00JUMLAH CETAKAN: 2 KALI CETAK
Merentas Ranjau ialah sebuah novel remaja yang cuba menerapkan sifat-sifat "ketabahan, kegigihan dan ketegasan" ke dalam jiwa seorang anak muda kampung yang gigih dan berfikiran positif.
Segala peristiwa yang dialami oleh Rushdi sebagai watak utama dalam novel ini memberi gambaran betapa kemiskinan keluarga sedikitpun tidak mematahkan cita-cita tingginya untuk menjadi seorang doktor.
Bapanya meninggal dunia ketika Rushdi menduduki peperiksaan.
Oleh kerana keazaman, kegigihan dan pesanan ayahnya sentiasa membakar jiwanya membuatkan beliau berusaha bersungguh-sungguh untuk mencipta kejayaan.
Sejak kecil lagi Rushdi tidak pernah merasai kesenangan hidup kerana kemiskinan dan bapanya tidak mahu anak tunggalnya itu mewarisi kesusahan hidup yang dialaminya. Kalau boleh biarlah Rushdi berjaya dalam hidupnya supaya menjadi orang yang berpelajaran tinggi dan dapat berbakti kepada agama, bangsa da tanah air.
Nilai-nilai kampung yang mulia tetap menghiasi dirinya. Dengan sifat-sifat inilah si anak tunggal itu terpaksa menghadapi kesulitan hidup seperti kematian ayah, ibu sakit tua dengan hati cekal dan tabah.
Beliau turut mengambil upah menebas ladang, menoreh getah, menjadi pelayan disebuah warung dan menjaja kuih di sekeliling kampung untuk menyara ibu dan pelajaran sekolahnya.
Berpegang kepada falsafah: berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian, Rushdi gigih berjuang.
Dalam meneruskan perjuangannya Rushdi mendapat simpati daripada Cikgu Philip yang membantunya dari segi fizikal, emosi dan mental.
Rushdi merasa serba salah, terharu dan malu kerana guru sekolahnya sanggup bersusah payah untuk membayar yuran peperiksaannya.
Selama inipun Rushdi tidak mengharapkan orang lain yang membayarkan kerana itulah beliau sanggup melakukan pelbagai pekerjaan untuk mendapatkan wang. Ini kerana dia percaya kepada kata pepatah, ulat dalam batu pun boleh hidup.
Rushdi sedar betapa pentingnya ilmu. Jika ilmu ditimba kian hari kian bertambah tapi berlainan pula dengan harta yang diperolihi bila digunakan ia akan pupus sedikit demi sedikit.
Oleh itu ibu Rushdi bersetuju menjualkan tanah pusaka yang didudukinya itu bagi membiayai perbelanjaan melanjutkan pelajarannya sementara ibunya ke mekah.
Berjayakah Rushdi mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang doktor .Anda ikutilah kisahnya.
Olahan ceritanya menarik dan lancar dengan gerak laku lahiriah da batiniah . watak-wataknya tergambar jelas lagi berkesan.
Mesej dalam merentas ranjau ini baik dan boleh diteladani serta sesuai untuk bacaan remaja, penuntut mahupun orang dewasa.